2011年2月8日

N0veL 简短版__1

Bab 1: Poster Misteri.
Enam orang remaja, Adeen, Anas, Aina, Pauline, Anjali, dan Zuriani sedang berjalan ke arah bilik persalinan sementara yang dibina khas bersempena dengan Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh yang diadakan di kompleks beli-belah Anggun. Mereka perlu bersiap semula untuk meneruskan cabaran terakhir yang akan bermula pada jam 3.00 petang. Adeen terpandang dua orang lelaki yang mencurigakan di dalam bilik persalinan itu. Seorang lelaki Cina bernama Ah Kong dan seorang lagi lelaki India bernama Samy. Baju-baju khas Pertandingan Avatari yang sedang dibelek oleh mereka itu dicampakkan ke lantai. Mereka hendak berlari tetapi dihalang oleh remaja berenam itu. Suasana menjadi tegang dan cemas. Samy mengeluarkan sebilah pisau, tetapi Adeen dan Anas dengan pantas menyerang dan berjaya menahan Samy dengan kemahiran silat mereka. Ah Kong hendak lari tetapi dihalang oleh Aina. Ah kong mengeluarkan sepucuk pistol lalu menembak Aina. Aina tersungkur ke lantai. Ah Kong meluru keluar dan melepaskan diri. Ho Shao Long memeriksa tempat tembakan di bahu Aina. Dalam keadaan yang kritikal itu, Aina menjadi semakin lemah. Fikiran Aina melayang-layang ke masa lepas. Selepas itu, Aina pengsan di pangkuan ibunya. Aina merupakan seorang murid yang cekal dan tekun. Walaupun pada waktu rehat, Aina masih berada di dalam kelasnya untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Kemudian, Zuriani kawan sekelasnya tiba. Zuriani mengajak Aina keluar untuk melihat poster yang baru ditampalkan di papan kenyataan di kantin. Aina sangat teruja dan terus bergegas ke kantin.

Bab 2: Kamar Bicara.
 Aina tidak sabar hendak memberitahu abangnya, Anas tentang suatu berita penting. Sekembalinya Anas, Aina terus mendapatkan abangnya. Anas kelihatan muram kerana pasukan hoki sekolahnya kalah. Anas seperti tidak berminat untuk mendengar berita yang hendak disampaikan oleh Aina. Namun, apabila Aina menyebut “Avatari”, Anas menjadi teruja. Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh sudah diumumkan. Anas terkenang akan ayah mereka yang menginginkan mereka menjadi juara Avatari seperti beliau dulu. Ayah mereka menjadi juara kebangsaan Pertandingan Avatari pertama sepuluh tahun dulu. Aina terdiam seketika apabila nama ayah mereka disebut. Hal ini demikian kerana ekspedisi penyelidikan misteri di Laut Andaman. Aina sangat merindui ayahnya.
Pada malamnya, Anas dan Aina asyik melayari laman web Avatari untuk mendapatkan maklumat yang lengkap tentang pertandingan yang akan diadakan itu. Kedua-dua beradik itu berbincang dan merancang untuk menyertai Pertandingan Avatari. Melalui “Kamar Bicara”, mereka bermain permainan video secara interaktif melalui watak avatar, iaitu watak tiga dimensi janaan komputer. Dalam salah satu interaksi itu, Anas telah terlibat dalam satu sesi perdebatan dengan seorang gadis Jepun, Aya Morita dari sebuah kafe siber di kawasan hiburan Tokyo. Perdebatan antara Anas melalui avatar Hang Tuah dan Aya Morita berlarutan sehingga jam 1.00 pagi

Bab 3: Pasukan Zamrud II.
Anas dan Aina membaca risalah dan borang pertandingan berulang kali. Mereka sedang memikirkan bagaimana hendak mendapatkan komputer realiti maya dan perisian Avatari. Harga sebuah komputer realiti maya yang paling murah dalam lingkungan RM50 ribu. Perisian Avatari pula dalam lingkungan RM10 ribu. Mereka memikirkan siapakan yang sanggup menaja mereka. Tiba-tiba Aina teringat akan Pak Cik Ho, rakan sepasukan ayah mereka semasa memenangi Pertandingan Avatari dulu. Anas menelefon Pak Cik Ho di rumah. Pauline, anak perempuan Pak Cik Ho menjawab. Dia memberitahu Anas bahawa Pak Cik Ho tidak ada. Anas meninggalkan pesan supaya Pak Cik Ho menelefonnya kembali. Anas dan Aina pergi ke rumah Pak Cik Ho. Pak Cik Ho memberitahu mereka bahawa Pak Cik Kuppusamy telah menawarkan anaknya, Kumar untuk menyertai pasukan Avatari Anas dan Aina. Pasukan Avatari Anas dan Aina juga dibenarkan untuk menggunakan komputer realiti maya kepunyaan mereka itu. Mereka memerlukan seorang lahli lagi. Orang yang kelima ini penting kerana dia mesti seorang pengatur cara komputer yang hebat. Aina teringat akan Adeen, anak Profesor Zakri. Aina akan mencuba memujuk Adeen untuk menyertai pasukan Avatari mereka.

Bab 4: Libasan Pari.
Anas, Aina, Pauline, dan Kumar sedang menunggu Adeen di pusat permainan video Game Star. Kumar tidak sabar menunggu ketibaan Adeen. Pauline pula tidak senang dengan sikap Kumar yang panas baran itu. Berlaku konflik kecil antara Pauline dan Kumar. Anas mencuba menenteramkam pertelagahan antara Kumar dengan Pauline. Akhirnya Adeen sampai. Kumar melihat Adeen dengan sinis. Dia tidak yakin terhadap kebolehan Adeen. Aina memperkenalkan Kumar kepada Adeen. Seperti biasa, Kumar menunjukkan sikap egonya terhadap Adeen dengan tindakannya yang teragak-agak untuk bersalaman dengan Adeen. Seterusnya Aina memperkenalkan Pauline kepada Adeen.
Mereka berlima pergi berjumpa dengan Pak Cik Tan, pengurus pusat permainan video Game Star untuk mendengar taklimat daripada beliau. Pak Cik Tan seorang pekerja yang setia kepada majikannya, iaitu Encik Ho Shao Long. Semasa melihat komputer Avatari yang akan digunakan dalam pertandingan nanti, Kumar menyatakan tidak mahu terlibat dalam pertandingan itu kerana tidak yakin terhadap komputer yang kelihatan antik itu. Kumar menarik diri. Semua orang menjadi bingung dengan tindakan Kumar itu.

感谢奕鑫提供!

没有评论:

发表评论